LAWATAN KERJA DAN PERBINCANGAN KHIDMAT BANTU LAN/WAN DI SMK SEGAMBUT JAYA (02/08/2016)
Selasa, 2 Ogos 2016 - 12tengah hari
Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Segambut Jaya, Puan Haslizah bt. Jibin bersama Puan Rina A/P Murugaiah (Juruteknik Komputer) hadir untuk lawatan kerja ke SMK Segambut Jaya. Tujuan lawatan diadakan : 1. Untuk memperkenalkan Pegawai Teknologi Pendidikan 2 yang baharu iaitu En. Shahrul Saharudin b. jamaludin. 2. Perbincangan mengenai pelaksanaan khidmat bantu telah mendapat sokongan penuh daripada Pengetua SMK Segambut Jaya, Puan Shahida bt. Hj. Azizan seperti yang dipersetujui sebelum ini oleh pihak sekolah. 3. Perbincangan awal tentang cadangan Puan Pengetua untuk melaksanakan Pusat Sumber yang bercirikan abad ke-21 (berhasrat untuk membuat "make over" Pusat Sumber Sekolah dan seterusnya menjadikan SMK Segambut Jaya sebagai "Role Model" Pusat Sumber Abad ke-21 dalam kalangan sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).
AKTIVITI 2015
BENGKEL KHIDMAT BANTU MENAIKTARAF SISTEM RANGKAIAN (LAN) & ICT SK Taman Tun Dr. Ismail (2)
Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya telah melaksanakan Khidmat Bantu Menaiktaraf Sistem Rangkaian LAN dan ICT di SK TTDI(2) pada 12-16 OKTOBER 2015. Seramai 6 orang juruteknik komputer daripada 6 sekolah ahli PKG Segambut Jaya yang terpilih dan seorang juruteknik komputer BTPNKL telah terlibat dalam khidmat bantu tersebut. Khidmat bantu berkenaan diketuai oleh Puan Rina A/P Murugaiah, Juruteknik Komputer Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya.
Pemasangan kabel internet, power plug, Faceplate, switch serta 2 unit mikrotic (komponen paling utama) berjaya dilakukan bagi memastikan seluruh warga SK TTDI (2) mendapat capaian internet. Kerja-kerja pemasangan berkenaan melibatkan Makmal Komputer, Pusat Akses pejabat, Pusat Sumber Sekolah dan sebahagian blok yang menempatkan kelas-kelas untuk sesi PdP.
Guru Besar SK TTDI (2), iaitu Pn. Seri Hajah Zaiton bt. Baharuddin selaku pentadbir sekolah mengucapkan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan dan sangat berharap pengurusan serta pembelajaran dan pengajaran di sekolah tersebut akan berjalan dengan lancar. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada semua juruteknik komputer yang terlibat serta cenderahati penghargaan kepada pihak UICT BTPNKL dan PKG Segambut Jaya.
KHIDMAT BANTU MENAIKTARAF SISTEM RANGKAIAN (LAN)& ICT SMK RAJA ALI
Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya telah melaksanakan Khidmat Bantu Menaiktaraf Sistem Rangkaian LAN dan ICT di SMK Raja Ali pada 13-15 April 2015.Seramai 13 orang juruteknik komputer daripada 13 sekolah ahli PKG Segambut Jaya yang terpilih dan seorang juruteknik komputer BTPNKL telah terlibat dalam khidmat bantu tersebut. Khidmat bantu berkenaan diketuai oleh Puan Rina A/P Murugaiah, Juruteknik Komputer Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya.
Pemasangan kabel internet, power plug, paceplate, switch serta 3 unit microtic (komponen paling utama) berjaya .dilakukan bagi memastikan seluruh warga SMK Raja Ali mendapat capaian internet. Kerja-kerja pemasangan berkenaan melibatkan makmal komputer, pejabat, pusat sumber sekolah dan sebahagian blok yang menempatkan kelas-kelas untuk sesi PdP.
Pengetua SMK Raja Ali, iaitu Pn Hajah Fatimah bt Abd Rahman selaku pentadbir sekolah mengucapkan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan dan sangat berharap pengurusan serta pembelajaran dan pengajaran di sekolah tersebut akan berjalan dengan lancar. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada semua juruteknik komputer yang terlibat serta cenderahati penghargaan kepada pihak UICT BTPNKL dan PKG Segambut Jaya.
BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA PKG SEGAMBUT JAYA 2015
PKG Segambut Jaya telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengurusan Guru Perpustakaan dan Media bertempat di Bilik Kuliah, Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya. Bengkel berkenaan yang diadakan pada 17-19 Mei 2015 itu telah berjaya menghimpunkan seramai 46 Guru Perpustakaan dan Media daripada kelompok sekolah ahli PKG Segambut Jaya.
Inisiatif mengadakan bengkel sebegini adalah untuk memberi panduan dan bimbingan dalam pengurusan fail di pusat sumber sekolah ahli selaras dengan kehendak Arkib Negara dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sambutan yang menggalakkan diterima berdasarkan respon dan komitmen GPM. Mereka begitu tekun mengikuti semua maklumat serta kuliah yang disampaikan oleh penceramah jemputan , iaitu Puan Arinawati binti Mohd Yassin, pegawai Unit Perkhimatan Sumber Pendidikan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kuala Lumpur. Beliau menyampaikan kuliah yang bertajuk Pengurusan Fail Di Pusat Sumber Sekolah yang mana bertujuan untuk membuat pelarasan pengurusan fail dalam kalangan sekolah ahli.
Pada hari ke dua bengkel, guru perpustakaan dan media mengikuti kuliah yang berkaitan dengan Literasi Maklumat. Kuliah yang hebat ini disampaikan oleh Puan Fadzillah binti Mohammed Osman, iaitu jurulatih utama Literasi Maklumat bagi zon PKG Segambut Jaya. Elemen menarik dalam kuliah Puan Fadzillah adalah bagaimana guru perpustakaan dan media boleh menguasai ICT dalam pengurusan PSS. Pada hari terakhir berbengkel, Pegawai PKG Segambut Jaya, iaitu Puan Haslizah bt Jibin PKG Segambut Jaya pula menyampaikan kuliah berkaitan dengan dan Penghasilan Fail Tegak.
Pengisian bengkel yang disusun memberikan impak yang besar kepada semua peserta apabila mereka sangat teruja sebaik sahaja mereka berjaya menghasilkan Fail Tegak masing-masing. Justeru, secara tidak langsung perluasan maklumat tentang kefahaman Literasi Maklumat dan kemahiran menghasilkan Fail Tegak telah berjaya dilaksanakankan kepada semua guru perpustakaan dan media sekolah ahli PKG Segambut Jaya.
BENGKEL PENGHASILAN BAHAN PdP MATAPELAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 3 UNTUK PEMBANGINAN LAMAN PEMBELAJARAN VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT) 2015
Pada 16 & 17 Jun 2015, seramai 45 orang guru matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 dari sekolah-sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya, Sentul dan Keramat terlibat dalam Bengkel Penghasilan Bahan Pdp Matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 Untuk Pembangunan Laman Pembelajaran VLE (Virtual Learning Enviroment) 2015 yang bertempat di Pusat Kegiatan Guru Sentul.
Penganjuran bengkel tersebut adalah atas tujuan untuk memperbanyakkan bahan PdP matapelajaran Bahasa Malaysia Tahun 3 dalam laman pembelajaran VLE yang boleh dikongsi oleh semua sekolah. Peserta bengkel yang dipilih merupakan kumpulan guru yang berkemahiran. Selain itu, para peserta diberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menghasilkan bahan pengajaran yang berkualiti dan mengikut kehendak KPM. Malah, para peserta bengkel dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT mereka seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Pegawai meja VLE dari Pejabat Pelajaran Wilayah Sentul (PPW), iaitu En Khairul Anwar bin Sharin telah diundang sebagai penceramah bengkel yang berlangsung selama dua hari. Sebanyak 45 laman berjaya dihasilkan oleh guru matapelajaran Bahasa Malaysia tahun 3 dan telah pun dimuatnaik serta dikongsi bersama pihak MOE Repository.
Manakala pegawai dari 3 Pusat Kegiatan Guru yang terlibat iaitu Puan Haslizah binti Jibin, Cik Syam Irza binti Mohd Sham dan En Abdul Hamid bin Abdullah memainkan peranan sebagai penyelaras serta pemudahcara bengkel berkenaan.
Adalah diharapkan melalui bengkel ini, semua peserta yang terlibat akan berkongsi ilmu pengetahuan yang diperoleh semasa berbengkel dengan warga guru di sekolah masing-masing.
TAKLIMAT JURUTEKNIK KOMPUTER BIL.1/2015 SEKOLAH AHLI PUSAT KEGIATAN GURU SEGAMBUT JAYA
Seramai 13 orang juruteknik komputer dari 13 buah sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya telah menghadiri Taklimat Juruteknik Komputer Bil.1/2015.
Taklimat yang diadakan di Bilik Zamrud, Pusat Kegiatan Guru Sentul pada 18 Mac 2015, hari Rabu merupakan program gabungan tiga Pusat Kegiatan Guru iaitu Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya, Pusat Kegiatan Sentul dan Pusat Kegiatan Guru Keramat.
Turut hadir ke taklimat berkenaan adalah Ketua Unit Hal Ehwal Pusat Kegiatan Guru Kuala Lumpur, iaitu En. Zaini bin Mohd Endot, Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Keramat, En Mohamad Asif Mushadat bin Mohd Saha, dan Pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan Guru Sentul, Cik Syam Irza binti Mohd Sham.
Taklimat untuk Juruteknik Komputer ini diadakan adalah untuk bertemu dan mengumpul data sekolah bagi tahun 2015. Selain itu, adalah untuk memberi penerangan mengenai fungsi tugas, pelarasan tugas dan tanggungjawab Juruteknik Komputer di Pusat Akses serta membantu tugas Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT mengurus Makmal Komputer dan juga membantu menjayakan hal-hal pengurusan ICT di sekolah untuk tahun 2015.
TAKLIMAT GURU PENYELARAS BESTARI / GURU ICT (GPB/GICT) BIL.1/2015
Seramai 46 orang Guru Penyelaras Bestari (GPB) dan Guru ICT (GICT) dari sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya telah menghadiri Taklimat Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT (GPB/GICT) Bil.1/2015.
Taklimat tersebut diadakan di Bilik Zamrud, Pusat Kegiatan Guru Sentul pada 12 Mac 2015, hari Khamis. Ketua Unit Hal Ehwal Pusat Kegiatan Guru Kuala Lumpur, iaitu EnZaini bin Mohd Endot turut hadir dan berucap.
Antara tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk bertemu dan mengumpul data sekolah ahli Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT (GPB/GICT) Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya 2015 .
Manakala objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk membuat pelarasan tugas dan tanggungjawab Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT (GPB/GICT) dalam mengendali Makmal Komputer serta Pusat Akses serta juga hal-hal pengurusan ICT di sekolah dalam tahun 2015
Selain itu, Guru Penyelaras Bestari /Guru ICT (GPB/GICT) diberi penerangan dan panduan bagaimana untuk mereka mengurus hal-hal berkaitan inisiatif ICT di bawah arahan Kementerian Pelajaran Malaysia seperti penggunaan Chrome Book, Netbook, aduan kerosakan peralatan ICT sekolah (STS) , penyelenggaraan peralatan ICT , khidmat bantu LAN dan WLAN, dan pemantauan pihak PKG ke sekolah.
TAKLIMAT GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA (GPM) BIL.1/2O15 SEKOLAH AHLI PUSAT KEGIATAN GURU SEGAMBUT JAYA
Seramai 46 orang guru Taklimat Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) dari sekolah ahli Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya telah menghadiri Taklimat Guru Perpustakaan dan Media Bil.1/2015.
Taklimat tersebut diadakan di Bilik Zamrud, Pusat Kegiatan Guru Sentul pada5 Februari 2015, hari Khamis.
Antara tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk bertemu dan mengumpul data sekolah ahli Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya 2015 .
Manakala objektif utama taklimat ini diadakan adalah untuk membuat pelarasan tugas dan tanggungjawab Guru Perpustakaandan Media dalam mengendali Pusat Sumber Sekolah dan Bilik Media serta pelaksanaan aktiviti galakan membaca terutama sekali Program NILAM sekolah bagi tahun 2015.
Selain itu, Guru Perpustakaan dan Media diberi penerangan dan panduan bagaimana untuk membuat pelarasan Sistem Fail di perpustakaan, kepentingan mengurus kemudahan dan pembangunan Pusat Sumber sekolah pengurusan dan kemaskini data pusat sumber sekolah secara atas talian, iaitu i-QPSS dan i-NILAM serta pemantauan pihak PKG ke sekolah.
Taklimat Guru Perpustakaan dan Media ini berakhir pada jam 1.00 petang.
KHIDMAT BANTU SISTEM RANGKAIAN DAN UBAH SUAI BILIK MESYUARAT MENJADI MAKMAL KOMPUTER
Seramai 7 orang juruteknik komputer daripada 6 buah Pusat Kegiatan Guru WPKL dan BTPNKL bekerjasama dalam menjalankan Khidmat Bantu Sistem Rangkaian dan Ubah Suai Bilik Mesyuarat Menjadi Makmal Komputer .
Khidmat bantu yang bermula pada 10 Februari 2015 itu diketuai oleh Puan Rina A/P Murugaiah, Juruteknik Komputer Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya selaku penyelaras program.
Selain daripada tujuan untuk menaiktaraf sistem rangkaian di PKG Segambut Jaya, program yang diadakan ini juga mempunyai objektif sampingan iaitu sebagai satu latihan bagi mempertingkatkan kemahiran dan kompetensi ICT dalam kalangan Juruteknik Komputer PKG KL dan BTPNKL.
Antara tugasan yang perlu dilaksanakan dalam khidmat bantu berkenaan adalah pemasangan akses point di makmal komputer baru, di bilik bacaan, ruang pentadbiran, dan di bilik pegawai. Sejumlah faceplate, kabel optic, suis serta kabel optic dipasang.
Kerja-kerja khidmat bantu berakhir seperti yang dijadual iaitu pada 13 Februari 2015.
aktiviti 2014
lawatan penanda aras SPS SEKOLAH-SEKOLAH AHLI PKG SEGAMBUT JAYA
Seramai 47 peserta yang terdiri daripada pentadbir dan Guru Penyelaras Bestari serta Guru ICT sekolah-sekolah ahli telah menyertai program ini. Lawatan Penanda Aras SPS dilaksana dengan jayanya pada 17 Julai 2014 (Khamis) bertempat di SMK Victoria. Tahniah dan terima kasih kepada En Leong Kum Loy (Pengetua SMK Kepong Baru) selaku Pengerusi Biro Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta ahli jawatankuasa yang memberi kerjasama yang baik bagi memastikan program ini dapat dijalankan. Pihak PKG Segambut Jaya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih khasnya kepada En Maslan bin Buniran, Pengetua SMK Victoria dan Puan Wee Siu Hang (Guru Penyelaras Bestari) yang telah memberi kerjasama dalam menyampaikan maklumat dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.