Satu Taklimat Juruteknik Komputer Sekolah Bil.1/2016 telah diadakan di Bilik Zamrud, PKG Sentul yang melibatkan sejumlah 54 orang juruteknik komputer sekolah ahli PKG Sentul, PKG Segambut Jaya dan PKG Keramat. Taklimat yang diadakan pada 22 Mac 2016 ini juga bertujuan memantapkan pemahaman tugasan juruteknik komputer terutamanya dalam penyelenggaraan dan pengurusan ICT. Taklimat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai PKG iaitu Cik Syam Irza, En. Saifizan Afzarin, Pn. Haslizah, En. Adam Shah, En. Abdul Hamid, Pn. Nur Huzaifah, En. Shahrullail. Turut dihadiri pegawai dari Unit Pembestarian Sekolah, BTPNWPKL iaitu En. Abd.Halim dan En. Mohamad Asif Mushadat. ahagian Teknologi Pendidikan Negeri WPKL sedang menjalankan
Kajiselidik MBMMBI 2016 Kajian ini dilaksanakan bertujuan; 1) Menilai sejauhmana pengurusan & penggunaan bahan-bahan MBMMBI 2) Penambahbaikan perlaksanaan MBMMBI di sekolah Sehubungan itu, semua guru Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris bagi sekolah-sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikehendaki mengambil bahagian menjawab kajiselidik ini secara atas talian. TEMPOH : 1 - 31 MAC 2016 Sila klik pautan ini untuk menjawab: http://umipbtpnwpkl.weebly.com/kajiselidik-mbmmbi.html Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan, kami hargai dan didahului dengan ucapan Terima Kasih. Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya dengan jayanya telah menjalankan Mesyuarat kepada guru perpustakaan dan media bagi tahun Bil 1/2016. Guru yang hadir adalah yang bertanggungjawab mengenai pusat sumber sekolah telah diberikan taklimat oleh Ketua Unit PSP, BTPNKL Puan Arinawati Binti Mohd Yassin dan Puan Rosilawati bin Maabar dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutauan Kuala Lumpur. Seramai 46 orang guru dari sekolah ahli telah dijemput bagi mendengar taklimat ini. Tidak ketinggalan juga guru yang baharu dilantik bagi menggantikan Guru Perpustakaan Media yang lama turut hadir. Pusat Kegiatan Guru Segambut Jaya mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua Guru Perpustakaan Media samada yang lama mahupun yang baharu dilantik. 29 Februari - Satu program Pelancaran Google For Education Training Center Versi Bahasa Malaysia telah diadakan bertempat di PKG Sentul. Program kerjasama antara 2 pihak iaitu BTPN WPKL/PKG WPKL & Google Malaysia ini telah berjaya melibatkan seramai 60 orang guru yang telah dipilih berdasarkan kemahiran mereka dalam menggunakan aplikasi google, ICT, VLE serta minat untuk mengetahui lebih mendalam dalam pengurusan pendidikan (PdP) menggunakan Google Apps. Program ini, diadakan bertujuan; 1) Melancarkan secara rasmi Google for Education Center versi Bahasa Malaysia. 2) Mempertingkatkan pengetahuan & kemahiran guru dalam penggunaan Google Apps di sekolah & dalam bilik darjah. 3) Memberi contoh praktikal dan 'hands-on' aplikasi Google Apps dalam pengajaran & pembelajaran. 4) Memberi panduan & khidmat nasihat sebagai persediaan untuk pensijilan Pendidikan Bertauliah Google Tahap 1. 5) Perkongsian ilmu alternatif sumber PdP guru. |